12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
· Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
· Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
· Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
· Mengaturkan bajet
· Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
· Mengumpul nama tetamu
· Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
· Memilih cincin pernikahan
· Memilih kek pengantin
· Memesan cenderahati untuk tetamu
5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
· Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
· Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
· Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
· Menghubungi saksi pernikahan
· Membuat rawatan ke spa
2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
· Menyenaraikan nama tetamu
· Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
· Merencanakan bulan madu
· Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
· Memastikan rawatan spa secara intensif
· Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
· Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan
SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
· Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
· Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
· Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
· Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
· Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
- Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
- Maklumkan kepada pengurus katering jumlah tetamu, dan semak senarai tetamu
- Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik. Tetapkan tarikh anda untuk bulan madu anda dan mula berkemas.
- Buat rehearsal dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.
Comments
Post a Comment
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya ditalian 0126305235 ATAU email diana_shinchan@yahoo.com